Thursday, February 3, 2011

Buruk Sangka Itu Berdosa...

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah dari buruk sangka kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaramu yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang" [Surah Al-Hujurat ayat 12]

Sesungguhnya Allah Itu Dekat.. Berdoalah...

Apabila Allah cepat makbulkan doa kita, maka dia menyayangi kita...
Firman Allah, maksudnya: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir(kepada mereka): Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah Al-Baqarah 186)

Apabila Dia lambat makbulkan doamu, Dia ingin menguji kita...
Menurut al-Khatabi: "Jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia kan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan, menggantinya dengan pahala."

Menurut Hukama: "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari kiamat."

Apabila Dia tidak makbulkan doa kita, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita...
Firman Allah, maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak" (Surah Al-Baqarah 216).

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah...
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu, maka bersangka tentangKu apa sahaja yang kamu ingini."(Hadis Qudsi)